Program Quran Hours - Perpustakaan Desa Tambun Tulang
12 Mac 2026 | Aktiviti TerkiniPada 11 Mac 2026, telah berlangsung Program Quran Hours bertempat di Perpustakaan Desa Tambun Tulang dengan kerjasama pihak NADI (Pusat Sebaran Maklumat Nasional) dan Tadika Al Istiqamah Tambun Tulang.
Program ini bertujuan memupuk minat membaca Al-Quran dalam kalangan kanak-kanak di samping memperkenalkan penggunaan gajet sebagai medium pembelajaran yang interaktif.
Antara aktiviti yang dijalankan ialah pertandingan mewarna, pengenalan kepada gajet serta permainan minda melalui gajet seperti pengenalan huruf ABC, puzzle dan tangram. Selain itu, peserta turut mengikuti sesi pembacaan Surah Al-Mudassir yang disusuli dengan tadabbur surah bagi memahami pengajaran yang terkandung di dalamnya.
Program diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada para peserta serta sesi fotografi sebagai kenang-kenangan. Secara keseluruhannya, program ini berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan yang baik daripada para peserta.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: